Khamis, 28 Julai 2011

Kampung Sungai Gatom

Menurut cerita orang lama , nama kampung ini pada asalnya ialah Sungai Gantung. Terdapat dua buah anak sungai yang bercantum di tengah-tengah kawasan kampung. Bagaimanapun, salah satu daripada dua sungai tersebut seakan tergantung kerana keadaan fizikal tanahnya yang lebih tinggi daripada keadaan tanah sungai yang satu lagi. Rentetan dari peristiwa itu, kampung ini dinamakan Sungai Gantung. Namun akibat arus pembangunan, keadaan kampung telah berubah dan sungai yang tergantung tidak lagi kelihatan. Orang kampung kemudiannya sepakat menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Gatom selepas itu.

Adalah dipercayai Kampung Sungai Gatom dibuka pada tahun 1930-an oleh penduduk setempat. Namun, apabila kampung ini telah menjadi markas komunis ketika zaman penjajahan Jepun, pihak kerajaan negeri telah memindahkan seluruh penduduk ke kawasan baru kampung yang berdekatan dengan jalan raya utama.
Pembangunan kampung yang ketara boleh dilihat dari awal penerokaan sehingga kini. Kampung ini telah dianugerahkan sebagai Kampung Gerak Daya Wawasan Negeri Johor. Selain itu, permuafakatan di antara setiap penduduk ditonjolkan lebih-lebih lagi dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan program anak angkat. Hal ini menjadikan kampung ini sebagai salah satu contoh kampung terbaik di Daerah Labis.


Inilah sungai yang terdapat di Kg Sungai Gatom .

Labis

Replika buah mata kucing yang terdapat di Pekan Labis merupakan mercu tanda kepada mereka yang ingin datang ke Perpustakaan Desa Kampung Sungai Gatom. Pada waktu dahulu kawasan Labis begitu popular dengan tanaman buah mata kucing yang sungguh manis dan enak tetapi kini tanaman tersebut semakin berkurangan. Laluan utama untuk ke kampung ini ialah menggunakan Jalan Segamat -Yong Peng dan kemudahan pengangkutan yang lengkap memudahkan orang ramai untuk berulang-alik ke kampung tersebut. Bukan sahaja berkereta, bermotor atau menaiki bas dan teksi, anda juga boleh sampai ke kampung ini dengan menaiki kereta api.

Perpustakaan Desa Kampung Sungai Gatom terletak kira-kira satu kilometer dari kawasan Pekan Labis dan lebih kurang 30 minit pemanduan dari Bandar Segamat. Kampung ini terletak di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok dan Parlimen Labis.

Rabu, 27 Julai 2011

Asal Usul Nama Labis

Kononnya berpuluh-puluh tahun dahulu, Labis belum lagi dikenali sebagai nama 'Labis' sehinggalah menurut cerita orang tua-tua bahawa asal nama tempat ini adalah daripada perkataan 'labi-Iabi'.Pada masa itu kawasan Labis masih diliputi hutan tebal. Binatang-binatang liar masih berkeliaran dan di situ kawasan paya terdapat banyak labi-labi. Labi-labi ialah sejenis binatang yang mempunyai bentuk badan serupa dengan kura-kura dan tuntong.
Menurut cerita daripada orang-orang dahulu, kawasan yang menjadi tumpuan labi-labi ialah Sungai Paya Merah. Pada ketika itu, Sungai Paya Merah ini ditumbuhi sejenis rumput yang berupa seperti pokok tebu kecil setinggi tiga ela. Tetapi yang menghairankan, rumput ini hanya tumbuh di tepi sungai tanah paya itu dan tidak terdapat di tepi sungai lain. Jenis rumput ini telah menjadi makanan kegemaran labi-labi. Anehnya, apabila rumput ini hampir mati layu, ia akan bertukar menjadi warna merah. Selepas layu, ia akan terendam ke dalam sungai, warna merah yang ada pada tumbuhan ini akan meluntur keluar dan mewarnai air sungai menjadi merah seperti darah.daripada sinilah, orang kampung menamakan sungai itu sebagai Sungai Paya Merah dan kampung mereka sebagai Labi-labi..
Kira-kira pada kurun kesembilan belas, orang putih melawat Kampung Labi-labi. Mereka hairan dan terperanjat melihat banyak labi-labi merayap lalu bertanya akan nama binatang tersebut. Penduduk disitu pun menjawab, “Labi-labi tuan,” berulang kali. Tetapi pegawai orang putih itu menggelengkan kepala seolah-olah tidak faham.Kemudian, pegawai itu pun berfikir sejenak dan tersenyum, “Labis, oh these are Labis.” Pada pendapat orang putih kata jamak perkataan labi-labi dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Labis. Maka, nama Labi-labi yang digunakan kemudian ditukarkan kepada Labis atas nasihat pegawai Inggeris itu.
Maka, orang ramai pun datang beramai-ramai membuka petempatan di sekitar paya itu. Sawah padi telah dibuka. ‘Rumput merah’ yang dikenali oleh penduduk kampung dibersihkan dan labi-labi yang banyak itu kehilangan sumber makanan utama. Selepas kejadian itu, bilangan labi-labi kian berkurangan. Akhirnya labi-labi tidak lagi kelihatan di Labis sehinggalah sekarang.

Selasa, 26 Julai 2011

Aktiviti Suka-suka :)

  • Sebahagian gambar ketika aktiviti suka-suka pada 23hb Julai 2011 ( Sabtu ). Memandangkan tiada aktiviti hari itu atas permintaan adik-adik. Ada yang nak mewarna gambar kartun ada yang buat kuiz dan ada yg buat paper doll.. suka-suka :) idea dari Kids' Crafts | Fun Craft Ideas | FirstPalette.com macam-macam ada...




Aktiviti Julai 2011 :: 'Masquerade Mask' ::.

  • 16-07-2011 ( Sabtu )
  • Penyertaan dari kalangan kanak-kanak 7 thn - 12 thn







Sempena Sambutan Hari Seniman 2011

Berikut merupakan aktiviti yang dilakukan sempena Sambutan Hari Seniman 2011 . Antara aktivitinya adalah
  • Pameran Buku & Artikel Mengenai Seniman
  • Kuiz Seniman
  • Pendaftaran Keahlian & Pertandingan Mewarna Kanak-kanak TBK Kemas Kg Sg Gatom Labis







Aktiviti Perpustakaan Desa Jan-Jun 2011 Part 2

















Antara Aktiviti Yang Telah Dijalankan Jan - Jun Part 1

Teka Kata & Mencari Maklumat Di Dalam Perpustakaan








Khamis, 21 Julai 2011

Latarbelakang Perpustakaan Desa




Perpustakaan Desa sebelumnya diwujudkan oleh agensi-agensi seperti RISDA,KEMAS dan FELDA.Pada asalnya Perpustakaan diwujudkan dibalairaya,dewan orang ramai,bilik bacaan atau mana-mana yang difikirkan sesuai dan mudah dikunjungi oleh masyarakat setempat.Walaubagaimanapun mulai RancangaMalaysia ke 7,Kerajaan Persekutuan melalui Perpustakaan Negara Malaysia telah memberi peruntukan untuk pembinaan banggunan Perpustakaan Desa.Dengan pembinaan banggunan Perpustakaan yang sendiri,ia dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan Perpustakaan Desa kepada masyarakat.

Perpustakaan Desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap menyeluruh.Dengan ini ia akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba pengetahuan.Di samping itu,pengwujudan Perpustakaan Desa juga akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan.Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti Perpustakaan Desa.
Pengawasan Perpustakaan Desa di seluruh negeri adalah di bawah tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia .Di Perpustakaan Desa terdapat seorang Pembantu Perpustakaan dan seorang Penyelia Perpustakaan untuk pentadbiran.